FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI 2012
KOD KURSUS HBSL 1203
PSIKOLOGI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
NO. MATRIKULASI :
830922035967001
NO. KAD PENGENALAN :
830922035967
NO. TELEFON : 0129434313
E-MEL : sahabudin.ayub@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PP. KENINGAU,SABAH.
Pengenalan
Manusia adalah
antara makhluk ciptaan yang amat unik.Cuba kita melihat kepada diri sendiri,
dan melihat pula pada sekeliling.Mereka juga manusia, berjantina sama, lahir
daripada bangsa yang sama juga namun, dengan sekali pandang sahaja, Ahmad dan
Kamal dapat dikenalpasti dengan mudah. Setiap manusia secara umumnya dilahirkan
dengan pelbagai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri samada ia kelihatan
amat jelas pada pandangan mata kasar mahupun agak hampir sehingga seakan-akan
menyerupai antara satu sama lain.Namun sehampir mana dua individu tersebut, perbezaan tetap wujud jika diamati daripada
sudut yang lebih spesifik. Inilah pengertian mudah bagi menyatakan erti umum
perbezaan individu. Ketidaksamaan tersebut
sering juga disebut sebagai keunikan.
Dalam organisasi social yang paling kecil
iaitu sebuah keluarga. Seorang bapa akan mendapati bahawa, anak kedua berbeza
daripada anak pertama, ketiga berbeza daripada kedua-dua anaknya yang lain dan
begitulah seterusnya sehingga kepada perkembangan dari satu generasi kepada
generasi yang seterusnya. Perbezaan tersebut umumnya boleh dilihat daripada
aspek fizikal samada seseorang individu tersebut berbadan besar, mungkin juga
kurus, mempunya lebihan bulu pada badannya, aspek jantina, bahkan dilihat juga
keunikan itu pada sudut kecerdasan akal, corak pergaulan, emosi ataupun dipengaruhi
oleh factor luaran seperti taraf hidup, persekitaran tempat tinggal dan
sebagainya.Keunikan tersebut seharusnya dapat difahami oleh semua orang agar
sebarang tindakan susulan yang bakal diambil sentiasa memberi impak yang
positif kepada individu tersebut.
DEFINISI
Perbezaan
individu berdasarkan kepada pengertian yang diberikan oleh Borich dan Tombari
(1997) ialah :
” Individual differences are the variations we observe among member of any group in a particular charecteristic, such as temperement, energy level, friendship patterns and parent-child attachment.”
Sumber : Modul Psikologi kanak-kanak bermasalah
Pembelajaran, OUM.
Huraian kepada pengertian tersebut dipecahkan
kepada 4 elemen iaitu :
Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychologi
For Effective Teaching memberi pengertian kepada kepelbagaian Individu
sebagai ciri dan sifat manusia yang mempunyai potensi samada meningkatkan
kemajuan seseorang ataupun membataskan keupayaan seseorang untuk belajar (
takut bertanya atau takut melakukan kesilapan).
Selain daripada pendapat dan teori tersebut,
beberapa pandangan lain dirujuk bagi memahami aspek perbezaan individu
antaranya ialah menurut Papalia (2001),
perbezaan manusia dilihat kepada aspek jantina, ketinggian, berat dan bentuk
tubuh badan. Tambahan kepada aspek tersebut merangkumi juga sudut kesihatan,
tahap tenaga , ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Pengaruh
persekitaran,status sosio-ekonomi keluarga, tahap pendidikan ibu bapa,
persekitaran dalam komuniti,masyarakat mempengaruhi kehidupan seseorang
individu.
( sumber : Topik 5, HBSL 1203 OUM,m/s 37).
Slavin (1997), lebih menumpukan kepada perbezaan
individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Pandangan beliau merumuskan
bahawa kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya
pembelajaran(kognitif),etnik,budaya,kelas sosial,bahasa seharian, jantina,bakat
dan minat.
Secara umumnya, individu dilihat sebagai satu keperibadian dimana
merujuk kepada bagaimana individu tampil dan menimbulkan kesan bagi
individu-individu lainnya. Pada dasarnya definisi individu dari aspek keperibadian
secara umum ini adalah lemah karena hanya menilai perilaku yang dapat diamati
saja dan tidak mengabaikan kemungkinan bahwa ciri-ciri ini boleh berubah bergantung
pada situasi sekitarnya selain itu definisi ini disebut lemah karena sifatnya
yang bersifat evaluatif (menilai), bagaimanapun pada dasarnya kepribadian itu
tidak dapat dinilai “baik” atau “buruk” karena bersifat netral.
Untuk menjelaskan
keperibadian menurut psikologi saya juga melihat kepada teori dari George Kelly
yang memandang bahawa keperibadian sebagai cara yang unik individu itu dalam
melontarkan pengalaman-pengalaman hidupnya. Sementara Gordon Allport merumuskan
kepribadian sebagai “sesuatu” yang terdapat dalam diri individu yang membimbing
dan memberi arah kepada seluruh tingkah laku individu yang bersangkutan. Lebih
detail tentang definisi kepribadian menurut Allport yaitu kepribadian adalah
suatu organisasi yang dinamis dari sistem psikofisik individu yang menentukan
tingkah laku dan pikiran individu secara khas.
Definisi Personaliti
Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua
perkataan yang berkait rapat. Pada umumnya, personaliti akan memperihalkan
seseorang individu tersebut tetapi secara khusus, personaliti adalah sifat –
sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi,
beremosi, berpersepsi dan lain – lain yang membolehkannya dibezakan dengan
orang lain. Oleh itu, personaliti akan memperihalkan sifat – sifat fizikal,
emosi, dan kognitif seseorang individu.
Personaliti juga berasal daripada perkataan “pesona” yang bermakna
‘topeng muka’ merujuk kepada sifat kebanyakan manusia ingin menonjolkan
perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk, Mohd Saleh Lebar,
(1994). Adler (1948) mendefinisikan personaliti sebagai gaya hidup seseorang
manusia. Allport( 1961 ) menyatakan personality sebagai susunan psiko fizikal
yang dinamik dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri dan penyesuaiannya
dengan persekitaran. Freud pula menterjemahkan personaliti dalam bentuk id,ego
dan superego berbanding Carl Jung yang menbahagikan pula personaliti kepada
tiga kumpulan iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert.
Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri – ciri keperibadian
seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia
dengan manusia yang lain. Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu
tipikal dan berbeza. Personaliti seseorang adalah mengandungi kesemua ciri
psikologi yang secara relatifnya tidak berubah, yang tipikal (yang biasa
terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka mempunyai tipikal yang pemurah,
pemalu, impulif dan lain – lain. Penekanan kedua terhadap istilah berbeza. Pola
– pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa setiap orang adalah
yang menyebabkannya berbeza daripada orang lain.
TEORI BERKAITAN PERBEZAAN INDIVIDU.
Dalam mengkaji dan memahami konsep perbezaan individu, terdapat beberapa teori menguraikan
perbezaan individu yang boleh dirujuk antaranya ialah Teori perkembangan oleh
Arnold Gesell dan Teori tugasan oleh Havighurst.Konsep perbezaan ini pada
mulanya diberi perhatian oleh Sir Francis Galton(1882), dengan mengukur
pendengaran, masa reaksi diambil, pandangan, dan lain-lain kebolehan motor
apabila beliau mendirikan bilik ujian di Muzium London.Tokoh yang lain seperti
Galton pula mendapati bahawa individu berbeza dalam ujian-ujian kebolehan deria
motor dalam melaksanakan sesuatu tugas.
Selain itu, terdapat dua teori yang menghuraikan perkembangan
kanak-kanak dalam konteks sosial dan perubahan besar dalam perkembangan
sosio-emosional kanak-kanak dimana merupakan fokus saya dalam pengkajian untuk
penulisan ini iaitu Teori Psikososial
Erikson dan Teori Ekologi Bronfenbrenner.
TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Urin Bronfenbrenner adalah
seorang psikologi yang lahir pada tahun 1917, beliau telah mengembangkan teori
ekologi pembangunan manusia, yang mana teorinya menekankan kepada pembangunan
manusia dalam konteks social di mana kanak-kanak membesar dan individu-ivdividu
yang mempengaruhi kehidupan sepanjang perkembangan kanak-kanak tersebut. .Bronfenbrender
menganalisis lima jenis sistem yang membantu dalam pembangunan manusia, iaitu
sistem mikro, mesosystem, exosystem, dan sistem makro dan akhirnya dia
mengembangkan sistem kelima yang merupakan sistem Chrono. Setiap sistem
tersebut akan saya perincikan dalam bahagian seterusnya.
Rajah 2 :
Pecahan system yang mempengaruhi ekologi menurut Bronfenbrenner.
Teori perkembangan
ekologikal adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas
perkembangan individu. Menurut teori ini juga menjelaskan bahawa perkembangan
kanak-kanak adalah hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak
tersebut. Dengan erti kata yang lain, dapat difahami bahawa interaksi tersebut
boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta membentuk
personaliti seseorang dengan mengambil pengalaman tentang apa yang dilalui
diserap dan membentuk diri seseorang individu tersebut samada kita sedar atau
tidak, kanak-kanak yang berada dalam ruang lingkup mikro( berpusat di tengah)
boleh dipengaruhi oleh factor persekitaran.
Rajah
3
Dalam teori ini
menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan yang terangkum dalam sistem
persekitaran itu mementingkan interaksi antara satu sama lain.
SISTEM MIKRO
Mikrosistem
merangkumi persekitaran terdekat yang mana kanak-kanak menghabiskan masa paling
banyak dengan interaksi secara terus.Bagi seorang kanak-kanak, interaksi yang
paling mudah bagi mereka ialah sesama ahli keluarga iaitu kedua-ibu bapa dan
juga adik beradik. Interaksi antara jiran, rakan sepermainan dan guru merupakan
antara penyumbang dalam proses perkembangan kanak-kanak.
Keluarga
merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seorang kanak-kanak
terutamanya kedua ibu bapa.Mereka mempunyai pengaruh besar keatas tingkah laku,
cara pergaulan kanak-kanak. Sebagai contoh, merujuk kepada kajian yang
dilakukan di dalam dan luar Negara telah menunjukkan bahawa factor persekitaran
mempunyai kesan langsung ke atas semua aspek perkembangan seseorang
kanak-kanak.(Mac Noughtori,2005).
George Peter
Murdock, seorang ahli antropologi telah menakrifkan bahawa keluarga adalah satu
kelompok social yang tinggal di bawah satu bumbung, bekerjasama antara satu
sama lain dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat (Goode,m/s. 362).
Kepincangan keluarga, masalah sosio-ekonomi sesebuah keluarga akan mencorak
kehidupan kanak-kanak. Kegagalan dalam mencari jalan keluar daripada kepincangan
tersebut akan memberi impak negative kepada perkembangan kanak-kanak yang mana
menumbuhkan rasa kurang hormat anak-anak kepada ibu bapa dan sebagainya.
Ting(2005),
dalam satu kajian mendapati tahap penglibatan ibu bapa luar Bandar masih berada
di paras yang rendah. Pernyataan ini didapati sejajar dengan satu lagi kajian
lain yang pernah dibuat oleh seorang lagi tokoh iaitu Berger(1995), yang
menyatakan wujudnya kepelbagaian model peranan ibu bapa untuk membantu proses
pembelajaran kanak-kanak disekolah.
Berdasarkan
kepada hasil kajian, amat jelas untuk diterima bahawa institusi keluarga
memainkan peranan yang amat besar sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Bagi
membina suasana yang harmoni kea rah perkembangan yang positif, ibu bapa
haruslah membimbing, memudahcara, serta menyelami jiwa anak-anak mereka, bukan
secara pemerhatian umum dengan menyamakan setiap anak-anak mereka kerana bagi
ibu bapa yang amat prihatin, mereka akan mengerti bahawa setiap anak-anak
adalah berbeza.
MESOSISTEM
Mesosistem ditakrifkan
sebagai perhubungan antara satu mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.
Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi
interaksi dalam mikrosistem yang lain.
Dengan erti kata yang lain, jika berlaku sesuatu masalah di rumah, perkara
tersebut dapat mempengaruhi tingkahlaku dan personaliti seseorang individu di sekolah. Masalah yang
berlaku dirumah akan dibawa ke sekolah menyebabkan emosi mereka terganggu dan
impaknya ialah masalah disiplin dan juga kurang tumpuan dalam pelajaran.
EKSOSISTEM
Eksosistem
merupakan pengalam dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara
langsung. Namun, sebarang tindakan dan keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut telah memberi kesan terhadap kanak-kanak tersebut bahkan
juga kepada orang dewasa yang turut terlibat dengan kanak-kanak itu. Dengan
erti kata yang lain, hasil sesuatu tindakan
individu itu mempengaruhi kehidupan orang lain.Dalam konteks ini,
sesuatu tindakan dan arahan perlaksanaan sesuatu polisi yang baru oleh
jawatankuasa pentadbiran sekolah walaupun tidak dilibatkan dengan pandangan
murid, namun penguatkuasaan perubahan tersebut mempengaruhi perkembangan social
kanak-kanak tersebut. Contohnya, polisi pengasingan murid yang lemah dan
cemerlang dalam kelas yang berbeza akan mendatangkan sikap rendah diri, malu
serta kurang motivasi dalam pelajaran.
MAKROSISTEM
Makrosistem
melibatkan perkembangan individu yang dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan
amalan masyarakat.Perkara ini boleh dillihat dalam sesetengah masyarakat,
peranan jantina amat dititikberatkan( Santrock, 2008). Terdapat sesetengah kaum
di dunia mengamalkan dasar melebih-lebihkan kaum wanita sebagai ketua
berbanding lelaki seperti ketua keluarga, pewarisan harta dan sebagainya. Namun
kebanyakan Negara, memilih lelaki sebagai dominan tertutama melibatkan aspek
kepimpinan. Kaum lelaki diberi lebih peluang dalam bidang pendidikan dan
pekerjaan berbanding wanita. Bagi ibu bapa yang masih lagi berfikiran
konservatif, masih beranggapan bahawa pendidikan tidak penting kepada anak-anak
perempuan kerana tugas wanita yang paling sesuai hanyalah sebagai penjaga
kepada anak-anak, menguruskan hal-hal dirumah dan menyediakan masakan sahaja.
KRONOSISTEM
Kronosistem
merupakan perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Mungkin pada 20 tahun
lalu, murid-murid tidak lengkap pakaian sekolah, berkaki ayam, keperluan
pelajaran agak terhad, kelas tidak selesa dan aktiviti masa lapang diisi dengan
melakukan kerja-kerja yang bersesuaian pada waktu itu misalnya berkebun, mandi
sungai, melastik burung, membuat laying-layang, bermain gasing dan sebagainya.
Namun berbeza pada masa kini, dengan arus pemodenan yang pesat, jaringan
maklumat yang cepat dan mudah, pelbagai teknologi baru yang ada maka
kanak-kanak lebih berfokus kepada permainan berteknologi seperti permainan
internet, memuat turun lagu dan sebagainya.Bidang pendidikan juga sudah banyak
berubah, penggunaan projector, pembelajaran interaktif, pembelajaran
berkomputer dan berbagai-bagai lagi penggunaan aplikasi teknologi.Oleh hal yang
demikian, pembangunan sesebuah Negara memberi implikasi yang besar kepada
perkembangan kanak-kanak dari banyak aspek. Namun, dalam menilai sesuatu
perubahan tersebut, pasti ada pro dan kontranya.Walaupun perkara luaran
berupaya mempengaruhi seseorang individu, kekuatan individu itu sendiri dan
pemantauan berterusan daripada ibu bapa sekurang-kurangnya mampu mengukuhkan
jati diri kanak-kanak tentang sikap dan personalitinya tersendiri.
TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIK ERIKSON (1902-1994)
Teori Erik
Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson kerana ia
menggabungkan tiga factor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu, factor
kendiri, emosi dan social. Mengikut Erikson, kanak-kanak akan melalui lapan
tahap perkembangan di sepanjang hayatnya.( rujuk rajah peringkat perkembangan)
yang penuh dengan krisis.Untuk mencapai tahap kesihatan psikososial, seseorang
mesti berjaya mengatasi krisis yang terdapat pada setiap tahap tersebut.
Erik
Erikson(1902-1994) telah menganalisis perkembangan social kanak-kanak dalam
jangkamasa kehidupan mereka. Menurutnya, manusia mempunyai keperluan asas yang
sama dan perkembangan mereka adalah bergantung kepada tindak balas terhadap
keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap-tahap
tertentu yang mana setiap tahap tersebut mempunyai konflik tersendiri yang
perlu diatasi dengan betul agar perkembangan kanak-kanak tersebut tidak
terjejas.
PERINGKAT-PERINGKAT perkembangan emosi teori erikson.
Peringkat
perkembangan emosi mengikut Teori Erikson merangkumi kepada lapan (8) iaitu :
TAHAP 1 : KEPERCAYAAN LAWAN KETIDAKPERCAYAAN ( 0-18 bulan)
Situasi ini
terjadi
pada usia 0 s/d 18 bulan iaitu bermula dengan tingkat pertama teori
perkembangan psikososial Erikson terjadi antara kelahiran sampai usia satu
tahun dan merupakan tingkatan paling dasar dalam hidup. Oleh karena bayi sangat bergantung, perkembangan kepercayaan didasarkan
pada ketergantungan dan kualitas dari pengasuh kepada anak. Jika anak berhasil membangun kepercayaan, dia akan merasa selamat dan aman
dalam dunia. Pengasuh yang tidak konsisten, tidak tersedia secara emosional,
atau menolak, dapat mendorong perasaan tidak percaya diri pada anak yang di
asuh. Kegagalan dalam mengembangkan kepercayaan akan menghasilkan ketakutan dan
kepercayaan bahwa dunia tidak konsisten dan tidak dapat di tebak.
TAHAP 2 : AUTONOMI LAWAN MALU ( 18 bulan – 3 tahun)
Pada peringkat ini, konsep diri telah menjadi
bertambah nyata. Kanak-kanak mula tahu apa yang perlu dibuat dan dicakapkan.
Mereka berkeinginan untuk bertindak bebas (autonomi). Kanak-kanak juga didapati
lebih gemar untuk membuat sesuatu perkara tanpa bergantung kepada orang lain. Mereka
cuba untuk mengambil air minuman sendiri, menyuapkan makanan sendiri dan mandi
sendiri dengan meniru perbuatan mereka yang hampir dengan mereka.Selain
daripada itu, tingkah laku yang digalakkan dan dielakkan dapat dikenalpasti.
Kadang-kadang dimarah atau didenda membuatkan mereka malu dan ragu-ragu. Di
peringkat ini juga, kanak-kanak sudah mula berkeinginan untuk melakukan sesuatu
perbuatan sendiri. Situasi tersebut merupakan permulaan kepada pembentukan
perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Namun, kecenderungan untuk
berfungsi secara bebas hendaklah diterima dan didorong agar keyakinan diri
mereka lebih terarah.
TAHAP 3 : INISIATIF LAWAN BERSALAH ( 3-6 tahun)
Keadaan ini
terjadi
pada usia 3 s/d 5 tahun. Selama masa usia
prasekolah mulai menunjukkan kekuatan dan kontrolnya akan dunia melalui
permainan langsung dan interaksi sosial lainnya. Mereka lebih tertantang
karena menghadapi dunia sosial yang lebih luas, maka dituntut perilaku aktif
dan bertujuan. Anak yang berhasil dalam tahap ini merasa mampu dan
kompeten dalam memimpin orang lain. Adanya peningkatan rasa tanggung jawab
dan prakarsa. Mereka yang gagal mencapai tahap ini akan merasakan perasaan bersalah,
perasaan ragu-ragu, dan kurang inisiatif. Perasaan bersalah yang
tidak menyenangkan dapat muncul apabila anak tidak diberi kepercayaan dan
dibuat merasa sangat cemas. Erikson yakin bahwa
kebanyakan rasa bersalah dapat digantikan dengan cepat oleh rasa berhasil
Tahap 4 : Ketekunan lawan rasa rendah diri. ( 6-12 tahun)
Melalui interaksi sosial, anak mulai mengembangkan perasaan bangga
terhadap keberhasilan dan kemampuan mereka. Anak yang didukung dan diarahkan
oleh orang tua dan guru membangun peasaan kompeten dan percaya dengan
ketrampilan yang dimilikinya. Anak yang menerima sedikit atau tidak sama sekali
dukungan dari orang tua, guru, atau teman sebaya akan merasa ragu akan
kemampuannya untuk berhasil. Prakarsa yang dicapai sebelumnya memotivasi mereka
untuk terlibat dengan pengalaman-pengalaman baru. Ketika beralih ke masa
pertengahan dan akhir kanak-kanak, mereka mengarahkan energi mereka menuju
penguasaan pengetahuan dan keterampilan intelektual. Permasalahan yang dapat
timbul pada tahun sekolah dasar adalah berkembangnya rasa rendah diri,perasaan
tidak berkompeten dan tidak produktif. Erikson yakin bahwa guru memiliki
tanggung jawab khusus bagi perkembangan ketekunan anak-anak.
TAHAP 5 : Identiti lawan
Kekeliruan ( 12-18 tahun)
Pada peringkat
ini, kanak-kanak mula memasuki alam remaja, mereka mesti Berjaya mencari
identiti dalam pekerjaan. Peranan jantina, politik dan agama. Jika remaja tidak
Berjaya mencapai perkara tersebut, perasaan rendah diri akan mula timbul. Terjadi pada masa remaja, yakni usia 10 s/d 20 tahun. Selama remaja
ia mengekplorasi kemandirian dan membangun kepakaan dirinya. Anak dihadapkan
dengan penemuan siapa mereka, bagaimana mereka nantinya, dan kemana mereka
menuju dalam kehidupannya (menuju tahap kedewasaan). Anak dihadapkan memiliki
banyak peran baru dan status sebagai orang dewasa –pekerjaan dan romantisme,
misalnya, orangtua harus mengizinkan remaja menjelajahi banyak peran dan jalan yang
berbeza dalam suatu peran khusus. Jika remaja menjajaki peran-peran semacam itu
dengan cara yang sehat dan positif untuk diikuti dalam kehidupan, identitas
positif akan dicapai. Jika suatu identitas remaja ditolak oleh orangtua, jika
remaja tidak secara memadai menjajaki banyak peran, jika jalan masa depan
positif tidak dijelaskan, maka kebingungan identitas merajalela. Namun bagi
mereka yang menerima dukungan memadai maka eksplorasi personal, kepekaan diri,
perasaan mandiri dan control dirinya akan muncul dalam tahap ini. Bagi mereka
yang tidak yakin terhadap kepercayaan diri dan hasratnya, akan muncul rasa
tidak aman dan bingung terhadap diri dan masa depannya.
TAHAP 6 : Kerapatan lawan
pengasingan ( 18-35 tahun)
Status sebagai
remaja mula bertukar kepada seorang yang dianggap dewasa. Peringkat ini,
individu dewasa akan membina hubungan rapat. Namun jika berlaku sebaliknya,
maka mereka akan berasa terasing kerana kegagalan dalam membina hubungan. Erikson percaya tahap ini penting, tahap seseorang membangun
hubungan yang dekat dan siap berkomitmen dengan orang lain. Mereka yang
berhasil di tahap ini, akan mengembangkan hubungan yang komit dan aman. Erikson
percaya bahwa identitas personal yang kuat penting untuk mengembangkan hubungan
yang intim. Penelitian telah menunjukkan bahwa mereka yang memiliki sedikit
kepakaan diri cenderung memiliki kekurangan komitemen dalam menjalin suatu
hubungan dan lebih sering terisolasi secara emosional, kesendirian dan
depresi.Jika mengalami kegagalan, maka akan muncul rasa keterasingan dan jarak
dalam interaksi dengan orang.
TAHAP 7 : Generativiti
lawan Pemusatan Kendiri ( 35-60 tahun)
Seseorang yang
dewasa akan mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi yang akan
datang atau mungkin ia berlaku sebaliknya iaitu hanya memusatkan kepada
aktiviti diri. Selama masa ini, mereka
melanjutkan membangun hidupnya berfokus terhadap karir dan keluarga. Mereka
yang berhasil dalam tahap ini, maka akan merasa bahwa mereka berkontribusi
terhadap dunia dengan partisipasinya di dalam rumah serta komuniti. Mereka yang
gagal melalui tahap ini, akan merasa tidak produktif dan tidak terlibat di
dunia ini.
TAHAP 8 : Kesepaduan Lawan
Putus Asa ( 60 tahun – akhir hayat)
Merupakan
peringkat kemuncak kepada perkembangan dimana perasaan diterima dengan perasaan
puas atau mungkin perasaan itu ialah satu perasaan yang tidak diterima.
Kegagalan ini akan membawa kepada rasa putus asa terhadap kehidupan.
Setelah
mengkaji dan meneliti lapan peringkat perkembangan yang diutarakan oleh Erik
Erikson, ada Sesuatu perkara yang amat menarik perhatian saya ialah kepada
persoalan iaitu Apakah yang akan berlaku kepada seseorang individu tersebut
jika berlaku keadaan dimana kanak-kanak tersebut gagal dalam mengatasi krisis
pada tahap-tahap tertentu? Kegagalan menangani krisis mungkin bukan juga
kehendak kanak-kanak tersebut kerana ia mungkin disebabkan oleh tekanan
persekitaran serta apa yang dikatakan eksosistem dan makrosistem (teori Urie
Bronfenbrenner).
Menurut Erik
Erikson, jika keadaan tersebut berlaku, kanak-kanak itu akan terus maju ke
tahap berikutnya, tetapi akan terus gagal sepanjang hayatnya. Misalnya, jika
seseorang itu gagal mengatasi krisis membentuk identiti pada tahap remaja , dia
akan terus maju pada tahap berikutnya iaitu tahap keenam( kemesraan lawan
pengasingan diri) namun akan terus gagal dengan menjadi seseorang yang
terasing. Pada peringkat ketujuh, generativiti melawan pemusatan kendiri akan
memperlihatkan bagaimana individu tersebut memusatkan perhatian kepada dirinya
sahaja. Manakala orang lain yang Berjaya mengatasi krisis pada peringkat
tersebut sudah mempunyai anak dan sedang membesarkan anak-anak mereka.
PERBANDINGAN ANTARA TEORI EKOLOGI URIE BRONFENBRENNER DAN
TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIK ERIKSON
BIL
|
TEORI EKOLOGI
BRONFENBRENNER
|
TEORI PERKEMBANGAN SOSIAL ERIK ERIKSON
|
1
|
Menekankan
pengaruh persekitaran keatas perkembangan individu.
|
Menganalisis
perkembangan sosial kanak-kanak dalam jangkamasa kehidupan mereka.
|
2
|
Terdiri
daripada lima sistem.
Mikrosistem,mesosistem,
eksosistem, makrosistem,kronosistem.
|
Mempunyai
lapan tahap/peringkat perkembangan emosi Teori Erikson.
|
IMPAK Perbezaan individu terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran.
Impak merujuk kepada sesuatu perkara yang berlaku
bersandar kepada sesuatu punca.Dalam perbincangan ini, impak yang dikaji ialah
implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berpunca daripada perbezaan
individu. Sepertimana yang diketahui, perbezaan yang ada pada setiap individu
membawa kepada kepelbagaian sikap, tahap penerimaan terhadap pelajaran dan
cabaran dalam membantu kejayaan pelajar dalam pelajaran termasuk kesesuaian
bahan,kaedah, pendekatan dan sebagainya. Implikasi perbezaan dilihat dalam
beberapa keadaaan seperti mana yang ditunjukkan di dalam rajah di bawah ;
IMPLIKASI PERBEZAAN
INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN.
a)
Kesediaan Belajar
Dalam satu kelas, tahap
kecerdasan adalah tidak sama. Sebagai seorang guru seharusnya dapat
mengenalpasti dan memastikan murid bersedia untuk belajar.Perkara ini perlu
diberi perhatian oleh para guru kerana tahap penerimaan mereka adalah berbeza.
Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan berbanding
rakan-rakan sekelas yang lain.
b)
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran.
Bersandar kepada perbezaan dan
tahap penerimaan pelajar terhadap sesuatu topik. Guru seharusnya memberi
latihan bersesuaian, penerangan yang ringkas dan sebagainya.
c)
Tingkahlaku Mengganggu dalam pembelajaran.
Bagi murid yang bermasalah,
selalunya terdiri daripada murid yang
sering mempamerkan tingkah laku disteruktif( negatif) atau destruktif(positif)
yang mana mengganggu tumpuan murid lain melalui tindakannya membuat bising,
agresif, hiperaktif dan sebagainya. Tingkahlaku destruktif merujuk kepada
perlakuan mengganggu dalam aspek yang positif seperti menyudahkan latihan
dengan pantas, selalu bertanya, proaktif dan sebagainya.
d)
Perbezaan Gaya Kognitif.
Setiap pelajar adalah sukar
untuk sepenuhnya belajar sepertimana yang ditentukan oleh guru. Ini kerana
setiap pelajar menggunakan pelbagai cara untuk menguasai sesuatu. Contohnya
ialah terdapat murid yang menyukai alunan muzik, maka murid tersebut lebih
bersemangat untuk belajar jika terdapat sedikit hiburan dan bunyi-bunyian.
e)
Perbezaan Personaliti..
Guru akan mendapati
pelajar-pelajar dikelasnya adalah berbeza dalam aspek personaliti.. Ada murid
yang pendiam, tidak mempunyai ramai kawan, lemah terhadap pelajaran dan sebagainya. Minat
individu,sikap terhadap sekolah, dan terhadap mata pelajaran bahkan juga
merangkumi minat terhadap personaliti guru.Murid yang suka membuat pekerjaan
secara sendirian dan memandang orang lain kurang berkebolahan daripadanya.Selain
daripada itu, terdapat juha individu yang bermasalah sukar menyesuaikan dirinya
dengan orang lain.
ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU
Sebelum saya menjelaskan berkaitan faktor yang
menyebabkan perbezaan individu, eloklah jika saya turut menerangkan aspek
perbezaan individu terlebih dahulu agar konsep keseluruhan perbezaan individu
dapat dilihat secara menyeluruh. Terdapat 13 aspek perbezaan yang dilihat
membawa kepada perbezaan setiap individu.( rujuk rajah aspek perbezaan
individu). Papalia(2001), menyatakan bahawa manusia berbeza dari segi jantina,
berat dan bentuk tubuh badan. Manakala Slavin(1997) pula lebih menekankan
perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau menyatakan
kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya
kognitif, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa yang digunakan dirumah,jantina,
bakat dan minat.
Rajah : Aspek Perbezaan Individu
- Perbezaan Jantina
Kanak-kanak lelaki dianggap
sebagai ketua keluarga, ditanamkan dengan sikap berani dan kepimpinan dengan
meletakkan harapan yang tinggi dalam pelajaran dan kejayaan berbanding anak
perempuan. Namun jika dilihat dalam konteks pembelajaran, fenomena biasa yang
berlaku ialah kanak-kanak lelaki sering dikelompokkan sebagai nakal dan sering
melanggar peraturan sekolah. Murid perempuan dilihat lebih yakin, mematuhi
peraturan dan rajin dalam pelajaran.Dalam aspek perkembangan fizikal,kognitif,emosi
dan sosial, kanak-kanak lelaki pula biasanya lambat dua tahun berbanding
kanak-kanak perempuan. Maccoby dan Jacklin(1974) mendapati pelajar perempuan
lebih baik dari segi kecerdasan lisan manakala pelajar lelaki lebih baik dari
aspek kecerdasan ruang.
Berdasarkan perkara tersebut, seorang guru
seharusnya memahami dan mencari kaedah yang bersesuaian dalam membina
keseimbangan untuk mencapai objektif dalam pengajaran dan pembelajan dengan
mengambil kira aspek-aspek tersebut.
Fizikal
Sebagai seorang guru, didalam sebuah kelas yang
diajar didapati terdapat murid yang agak gempal, kurus,mungkin ketinggian yang
lebih dan juga terdapat murid yang kerdil. Sesetengah kelas pula mempunyai
murid berbangsa cina yang berkulit lebih cerah daripada pelajar berbangsa
melayu dan india. Dikalangan pelajar tersebut tidak akan ada yang dua orang
pelajar yang sama melainkan jika terdapat kembar seuri yang menyukarkan untuk
dikenali kerana rupa fizikal yang hampir sama.
Kognisi
Plato pernah membincangkan tentang perbezaan
individu dari segi kecerdasan seawal 2000 tahun yang lalu. Galton (1865),
Alfred Binet, Simon dan Terman (1916), yang mendapati individu berbeza daripada
aspek kecerdasan. Kajian telah menunjukkan bahawa individu adalah berbeza dari
segi kebolehan kognitif seperti menaakul, berfikiran logis, kebolehan
berbahasa, mengira dan berimaginasi. Alfred Binet (1905), menyatakan seseorang
yang cerdas ialah individu yang mempunyai keupayaan mental yang lebih daripada
kawan-kawan yang seusia dengannya. Piaget pula mendifinasikan cerdas sebagai
cara individu mengadaptasi kepada persekitaran.
Personaliti
Setiap orang mempunyai personaliti yang
tersendiri. Kita akan dapat mengetahui personaliti seseorang melalui wajah dan
perwatakannya iaitu gaya percakapan, bagaimana tingkahlakunya, corak berfikir,
cara bertindak dan gaya bekerja. Personaliti melambangkan ciri-ciri
keperibadian seseorang. Ada individu peramah, pandai berkawan, popular,disukai,
menyendiri, pendiam,garang dan sebagainya.
Gaya Kognitif dan Gaya Belajar.
Gaya belajar merujuk kepada persekitaran
pembelajaran yang digemari pelajar manakala gaya kognitif pula ditafsirkan
sebagai cara individu mempersepsi maklumat. Witkin(1940) telah mengenalpasti
dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung pada latar( mempersepsi sesuatu
secara global) dan gaya belajar bebas latar(mempersepsi sesuatu secara
analitikal).
Garsha dan Riehmann melihat gaya belajar dalam
enam dimensi iaitu :
- Bergantung
- Bebas
- Mengelak
- Bekerjasama
- Bersaing
- Melibatkan diri
Kolb(1984) pula telah mengemukakan teori
pembelajaran pengalaman yang mengandungi gaya belajar dalam empat peringkat
pengalaman iaitu ;
- Pengalaman konkrit
- Pengalaman reflektif
- Perkonsepan abstrak
- Percubaan aktif.
Dengan konsep itu maka lahirlah pelajar dengan
gaya tersendiri iaitu divenger, asimilator, konverger dan akomodator.
Kesihatan
Dalam aspek kesihatan, kita dapat lihat perbezaan
individu ada pelbagai samada riang, ceria, sihat, normal dan juga pelajar yang
tidak sihat( Contohnya asma, talsemia, hepatitis B, Hemofilia, anemia,alahan
dan sebagainya).Terdapat juga kelompok atau beberapa murid yang kekurangan daya
penglihatan kerana rabun atau buta, kurang pendengaran, bisu, sengau atau
biasanya gagap adalah biasa dilihat di sekolah.
Sosial
Terdapat dua jenis murid yang secara umumnya jelas
kelihatan iaitu murid yang aktif yang mana sering bermain, berkawan, serta
berinteraksi antara satu sama lain. Manakala murid yang kurang aktif iaitu sukar melibatkan diri
dalam aktiviti kokurikulum mahupun kesenian lebih suka melihat sahaja tanpa
bersedia mengambil bahagian.
Bangsa/Bahasa
Pertembungan bangsa dan bahasa telah berlaku sejak
lama dahulu melalui migrasi penduduk melalui pelbagai cara seperti pelarian,
dasar perindustrian, kekangan ekonomi memaksa perpindahan penduduk. Perkara ini
boleh dilihat di semenanjung malaysia yang dihuni oleh berbagai bangsa seperti
bangsa cina, india, bangsa siam dan sebagainya telah lama hidup bersama dan
berkongsi budaya, cara hidup dan sebagainya. Kepelbagaian tersebut memberi kekuatan
kepada perbezaan individu yang mana skop telah menjadi semakin luas dan
perbezaan bagi setiap individu yang merentasi bangsa menjadi semakin jelas.
Jadi, berdasarkan kepada semua skop yang
dibincangkan dan dijelaskan dalam bahagian ini maka bolehlah dikatakan bahawa
terdapat pelbagai aspek perbezaan individu yang merangkumi aspek jantina,
ketinggian, tahap kesihatan dan sebagainya. Namun demikian, aspek-aspek
perbezaan individu ini boleh dikelaskan kepada dua faktor yang besar iaitu
faktor baka dan persekitaran.
FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PERBEZAAN INDIVIDU
Sepertimana yang disimpulkan pada bahagian aspek
perbezaan individu, faktor perbezaan individu dapat dilihat pada dua keadaan
iaitu faktor baka dan juga faktor persekitaran.
FAKTOR BAKA
Manusia mewarisi sifat-sifat tertentu daripada
kedua ibu bapanya yang diperturunkan semasa proses percantuman sel sperma yang
mengandungi 23 kromosom dengan sel ovum yang mengandungi 23 kromosom untuk
membentuk sel anak.
Contoh 1 : Pewarisan Rupa Paras Ibu kepada
Anak.
Pewarisan sifat tersebut mungkin merangkumi
sebahagian besar paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tret personaliti,
sikap, gaya hidup, bahasa dan minat.
Menurut Alfred Binet, Theodore dan Guiford
mempercayai bahawa kecerdasan adalah sesuatu yang diwarisi dan tidak dapat
dipertingkatkan melalui pengajaran
( Borich & Tombari,1997).
Pendapat tersebut pula kurang dipersetujui oleh
Howard Gardner et al.(1996) yang berpendapat bahawa kecerdasan yang diwarisi
boleh dipertingkatkan melalui proses pembelajaran.
Selain daripada beberapa pendapat diatas, terdapat
juga beberapa kajian yang mendapati sebahagian kecacatan mental adalah
diwarisi. Sebagai contohnya ialah penyakit Tay-Sach yang mana bagi kanak-kanak
yang menghidap penyakit ini selalunya akan mati pada umur 3 atau 4 tahun. Jika
kedua-dua ibu bapanya membawa gen ini, anak meraka mempunyai peluang 25%
menghidap penyakit ini. Penyakit-peyakit lain yang boleh diwarisi adalah
seperti sindrom down, Phenylketonuria, Anemia sel- Sikel ( Asmawati Desa,1996).
FAKTOR PERSEKITARAN
Persekitaran membawa maksud ruang lingkup
kehidupan seseorang merangkumi individu yang ditemui, objek yang diketahui
mahupun tidak diketahui serta peristiwa yang berlaku pada seseorang itu
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya. Perapatan atau interaksi
dalam keluarga semasa proses asuhan dan didikan memberi input kepada
perkembangan individu. Selain daripada itu, pengaruh daripada ahli keluarga
samada abang atau kakak, ahli keluarga lain, guru-guru, rakan, bahan-bahan
cetak, media elektronik, masyarakat di sekeliling adalah antara penyumbang
dalam membentuk diri seseorang.
Terdapat juga contoh keadaaan yang mempengaruhi
perbezaan individu yang bukan disebabkan oleh bawaan gen iaitu kita lihat
kepada aspek asuhan. Jika diperhatikan bahawa cara asuhan ibu bapa adalah
berbeza daripada satu keluarga kepada keluarga yang lain.Impak daripada perkara
tersebut maka lahirlah apa yang dipanggil perbezaan individu.
Menurut Baumrind ( Santrock 2001), terdapat empat
bentuk asuhan keluarga.
Cuba kita perhatikan didalam keluarga sendiri dan
keluarga terdekat. Terdapat perkaitan yang kuat bahawa bentuk asuhan memainkan
peranan yang besar terhadap perbezaan individu. Dapat dirumuskan disini
berdasarkan kepada hasil kajian,pemerhatian dan pengamatan serta saling kait
antara pelbagai hasil kajian dan teori dapatlah dirumuskan bahawa perbezaan
individu dibahagikan kepada dua faktor
iaitu baka dan faktor persekitaran.
PERANAN GURU DALAM MENGHADAPI PERBEZAAN INDIVIDU
Setelah mememahmi konsep perbezaan individu, guru
dapat memainkan peranan yang lebih baik dalam aspek mempertingkatkan
penyampaian pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah kumpulan, program
pengayaan dan pemulihan,pengajaran terancang, pembinaan modul/bahan bantu
pembelajaran dan sebagainya.
Rajah : Peranan guru menghadapi perbezaan
individu.
KESIMPULAN
Dengan memahami
teori-teori dan hasil kajian seperti ekologi Bronfenbrenner dan Teori Erik
Erikson adalah penting kerana ia menghasilkan satu panduan atau kayu pengukur
yang boleh digunakan untuk menilai pengajaran dan amalan pemeliharaan
kanak-kanak dari segi keupayaan untuk memupuk dan meningkatkan perkembangan
yang sihat dari segi emosi dan kognitif mereka. Contohnya, Setiap peringkat
dalam teori Erikson menitikberatkan perkembangan kemahiran yang sesuai pada
sesuatu tahap atau bahagiam dalam kehidupan. Jika sesuatu peringkat dikawal
dengan baik individu tersebut mempunyai masteri (sense of mastery) . Sebaliknya
jika sesuatu peringkat gagal diurus dengan baik, individu tersebut akan
mempunyai perasaan ketidakcukupan. Menurut Erikson, setiap tahap mempunyai konflik
dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya
pada tahap berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada tahap sesuatu tahap
akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Sebagai seorang guru
amnya, pengetahuan terhadap perbezaan individu akan membantu dalam mencari
kaedah yang berkesan, memahami kelemahan dan kekuatan serta memberi satu bentuk
pendidikan yang berkesan terhadap setiap murid samada murid itu lemah ataupun
mengawal kepintaran seseorang murid agar berada dalam landasan yang terbaik.
RUJUKAN / REFERENSI
Jhon W. Santrock, Life-Span Development, University of Texas at
Dallas, 1995
Singgih D. Gunarsa, Dasar dan Teori Perkembangan Anak, Gunung Mulia,
Jakarta, 1990
Sarlito W Sarwono, Berkenalan dengan Aliran-aliran dan Tokoh
Psikologi, Bulan Bintang, Jakarta, 2002.
Alwilsol. Psikologi Kepribadian. UMM, Malang, 2004, 111-139.
Boeree, C. George, Personality Theories. Primasophie, Yogyakarta,
2005, 76-110.
Hall, C.S dan Lindzey, G. Theories of Personality. Terjemahan,
editor Supratiknya. Kanisius, Yogyakarta, 1978, 137-169.
Monks, F.J . Psikologi Perkembangan. Gadjah Mada University Press,
Yogyakarta, 2002, 14-16.
Pervin, L.A dan Jhon, O.P. Personality Theory and Research. New
York. 2001, 59-91.
Sumartiningsih, Dien. Diktat atau catatan kuliah Psikologi
Perkembangan. 2002.
No comments:
Post a Comment