Wednesday, 21 September 2011

graf 21/9/11 jam 9.13mlm. Selamat Mencari Duit.


satu post masih rugi kerana beli waktu harga baru mula nak turun. kita cuma mampu meramal saja tp kenyataan kadang2 bertentangan dengan apa yang kita jangka. namun bagi NAGA 5, jika ada post yang untung lebih tinggi daripada post yang rugi dan gerak hati tidak kuat untuk bertahan, lebih baik close urusniaga, sekurang-kurangnya sudah ada untung walaupun tidak tinggi. itu lebih baik daripada menanggung kerugian. Namun jika selepas di tutup, harga pula makin naik maka kenalah anggap bahawa setakat itu saja rezeki kita yang diizinkan Allah..

Monday, 19 September 2011

Fahami Pelbagai Kos Jual Beli Emas

Fahami Pelbagai Kos Jual Beli Emas

August 15, 2011 by
Filed under Cerita Emas
                  SEJAK kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai pelaburan dalam jongkong emas (gold bar). Saya berasa musykil apakah kelebihan membuat pelaburan dalam bentuk jongkong emas dengan membeli barang kemas (sebagai perhiasan)? Manakah yang lebih menguntungkan?


                 EMAS sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh dua tahun lepas. Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.
Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas. Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian dan harga jualan. Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda. Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas.
Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas. Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini. Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini. Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.
Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia. Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (www.fgjam.org.my) yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas. Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.
Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.
Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.
Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan.
Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.
Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).
Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global. Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan.-UtusanSEJAK kebelakangan ini banyak diperkatakan mengenai pelaburan dalam jongkong emas (gold bar). Saya berasa musykil apakah kelebihan membuat pelaburan dalam bentuk jongkong emas dengan membeli barang kemas (sebagai perhiasan)? Manakah yang lebih menguntungkan?


EMAS sentiasa menjadi topik pelaburan yang hangat, lebih-lebih lagi selepas kita melihat harga emas melonjak dalam tempoh dua tahun lepas. Dari segi dolar Amerika, harga emas telah naik sebanyak 60 peratus dalam tempoh dua tahun lepas dan lebih 150 peratus dalam tempoh empat tahun lepas. Sebab itulah emas kini mendapat perhatian ramai.
Soalnya apakah cara terbaik untuk meraih keuntungan daripada emas? Ada pelbagai cara anda boleh melabur dalam emas. Anda boleh membeli emas dalam bentuk fizikal sebenar dan ini mungkin dalam bentuk jongkong emas atau syiling emas. Syiling emas contohnya, Kijang Emas, mungkin lebih popular di Malaysia. Apabila membeli syiling emas, bank akan menyebut harga belian dan harga jualan. Inilah harga di mana bank akan membeli emas daripada anda atau menjual emas kepada anda. Dua harga ini adalah berbeza dan inilah kos anda untuk memiliki emas.
Sebagai contoh, untuk satu auns emas, harga jualan ialah RM5,571 bagi Kijang Emas. Inilah harga satu auns Kijang Emas yang dijual oleh bank kepada anda. Harga belian balik ialah RM5,352 bagi satu auns Kijang Emas. Inilah harga bank akan membeli balik satu auns Kijang Emas daripada anda, atau dengan kata lain, anda akan menjual balik barang kemas anda pada harga ini. Jika anda mahu membeli emas, anda boleh berbuat demikian pada harga RM5,571 dan menjualnya pada RM5,352. Perhatian bahawa terdapat perbezaan 4.0 peratus antara kedua-dua harga ini. Jika anda membeli Kijang Emas, katakan pada harga RM5,571, anda perlu menunggu harga belian balik RM5,352 untuk naik melebihi harga belian RM5,571 untuk meraih untung. Oleh itu ada baiknya meninjau sama ada terdapat harga jualan dan belian yang lebih baik.
Sebagai pilihan, anda boleh membeli barangan kemas daripada kedai emas. Kaedah ini menjadi pilihan utama di Timur Tengah dan Asia. Umumnya terdapat harga emas runcit yang ditetapkan oleh Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia (www.fgjam.org.my) yang memberikan panduan tentang kadar emas yang ditawarkan oleh kedai emas. Anda perlu ingat bahawa barangan kemas berhubung kait dengan arah hala dan terdapat bahagian tertentu kos barangan kemas yang berkaitan dengan kerja ketukangan.
Jika barangan kemas dileburkan, anda mungkin kehilangan nilai kos berkait dengan kerja ketukangan tersebut, kerana nilai akhir yang dikira adalah hanya berasaskan nilai emas.
Selain itu adalah sukar untuk mengesahkan kandungan emas. Jadi nilai barangan kemas anda mungkin tidak mudah dan sukar ditentukan secara konsisten. Anda juga perlu mempertimbangkan faktor simpanan, sebagai contoh, menyewa peti besi atau peti simpanan selamat jika anda mempunyai jumlah emas yang besar.
Satu lagi cara yang semakin popular sejak dua tahun lepas ialah akaun buku simpanan emas. Apabila anda membuka akaun tersebut, anda akan diberikan buku simpanan.
Ia berfungsi sama seperti akaun simpanan. Apabila gaji anda dikreditkan ke dalam akaun simpanan, anda tidak memegang tunai secara fizikal sehingga anda mengeluarkannya daripada ATM.
Oleh sebab terdapat pelbagai kaedah untuk membeli emas, anda perlu memahami kos menjual beli emas. Satu lagi, emas diniagakan dalam dolar Amerika, dengan itu terdapat risiko tukaran asing bagi pelabur yang membeli emas dalam mata wang lain, seperti Ringgit Malaysia (RM).
Sebarang keputusan melabur dalam emas hendaklah dibuat untuk jangka panjang. Berdasarkan pergerakan pasaran saham, emas memberikan perlindungan terhadap ketidaktentuan global. Selain itu, emas merupakan lindung nilai yang baik terhadap inflasi. Justeru, emas merupakan kelas aset yang patut dipertimbangkan.-Utusan

Urusniaga Gold adakah pilihan tepat ?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua yang menyusuri ke blog NAGA 5. Saya baru dalam bidang urusniaga emas dengan menggunakan platform virgingold berpandukan kepada terminal insta forex. sebelum ini agak lama juga saya dalam urusniaga matawang atau lebih dikenali sebagai FOREX. pernah jatuh dan bangun sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa. Niat saya pada waktu itu ialah mencari wang tambahan walaupun gaji sebagai guru sudah memadai namun persaingan dan juga keperluan kehidupan terutama setelah berumah tangga serta terpaksa berulang alik setiap kali cuti sekolah memandangkan isteri masih berkhidmat di gua musang kelantan dan saya di keningau, sabah. . Perniagaan seumpama ini bukanlah senang dan amat berisiko tinggi untuk mengalami kerugian.sila baca keterangan daripada pendita emas (PE) dibawah.

Benarkah USD1500 menjadi paras harga emas yang baru penghujung April 2011

( sumber ; blog PENDITA EMAS 999)


Pada hari ini PE ingin membicarakan perjalanan harga emas yang terkini bagi pasaran antarabangsa dan tempatan. Pergerakan harga antarabangsa dan pasaran tempatan sebenarnya menyokong antara satu sama lain. Ini membolehkan harga emas terus stabil walaupun berlaku inflasi di sana sini.

Kita semua tahu, bahawa harga emas dunia ditentukan oleh penawaran (emas lombong, Bank Pusat, emas terpakai) dan permintaan (bank pusat, barang kemas, dan industri) yang dikendalikan oleh lima anggota Pasaran Emas London (London Gold Market) terkemuka. Namun tindakan mereka mengikut juga kitaran perubahan ekonomi bagi setiap suku tahun semasa.

Mereka terdiri daripada Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank . Mereka berlimalah yang akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London) dan P.M fix (selepas lunch).

Persoalannya benarkah harga emas akan berada pada level USD1500 penghujung bulan April ini?
Bagi menjawab persoalan ini, PE menjawab terlebih dahulu dengan jawapan ya. Jawapan PE adalah seperti berikut:

1. Harga emas USD1500 memang sudah ada pada perancangan lima anggota London Gold market. Ia cuba meningkatkan sedikit demi sedikit supaya kenaikan harga emas tidak terlalu mendadak dan akaun pelabur emas dapat diurus tadbir dengan berkesan akibat dari perubahan harga ini.

2. Kepercayaan PE berdasarkan kepada naluri ke-6 yang tetap menyatakan bahawa harga emas tetap aka naik pada paras melebihi USD1550 secara konsisten sejak akhir tahun 2010 yang PE gambarkan dalam tag berikut :



Tambahan PE tetap mengekal harga sasaran PE yang dibuat pada minggu lepas (12/4/2011 hingga 16/4/2011) walaupun hanya pada malam terakhir minggu ini dapat dicapai pada harga USD1487.22 sebagai berikut:



Dan ditutup pada harga berikut:



Harga sasaran PE pada minggu ini masih tetap kepada harga berikut:

Harga pembukaan 19/4/2011:USD1486.40
Volume kenaikan harga ditarget :melebihi USD30
Harga sasaran minima :USD1516
Harga sasaran tertinggi :USD1526
Harga sasaran bonus :USD1530
Harga sasaran bonus tertinggi : USD1530
Sasaran rekod harga minggu ini:USD1508
Harga penutupan 24/4/2011: USD1515

17 April 2011 USD1486.40
12 April 2011 USD1475.00
1 April 2011 USD1428.00

3. Penerusan kenaikan harga emas semasa yang berterusan bermula pada 1 April 2001 (USD1428) meningkat naik hingga ke paras USD1475 (8/4/2011)(naik sebanyak USD47 walaupun pada asalnya PE target USD20 sahaja). Seterusnya menerjah harga USD1487(15/4/20110) yang kini ditutup pada USD1486.40 (16/4/2011)


Kesimpulannya, berdasarkan kepada analisis berikut, PE yakin pada minggu ini harga yang diharapkan sejak November 2010 akan menjelma pada hari-hari 19/4/2011 hingga 24/4/2011.